" Abang, nyah(a.k.a Angah bukan mak nyah), adik bangun nak gi sekolah ni." laung mak aku dari dapur. Dengar jek suara mak aku, sekelip mata terjaga pergh memang dasyat lah suara mak aku nie. hehe...Ala...hujan lagi macam ner nak gi sekolah nie. lebat lak tu.
Dah jadi lumrah kehidupan kami adik beradik kalau mak tak msuk bilik kompem tak bangun, sorang nak kene dukung, sorang nak kena bangun sambil ditarik tangan mak aku sorang lagi aku tak ingat. 3 orang 3 jenis perangai manusia nie. kompem-kompemlah yang nak kene dukung tu adik aku. aku takat mak aku masuk tarik tangan jek kompem dah bangun bukan tu jek nak mandi pon nak air panas bagai mengalahkan mat saleh sesat siap kene mak jirus pulak. Haissshhh melampau tol anak-anak mak nie..Tapi itulah mak ayah tak penah nak merungut bila anak-anak mintak nak itu ini.owhhh syahdunyer.....( sekarang kami dah besar).
Dah siap mandi, pakai baju segala bagai, teguk air kopi 2 3 cawan ( ok tipu jek secawan pon tak habis) dulu sebelum gi sekolah memang best lah tengah sejuk-sejuk cam gini pekena lak kopi panas memang kawwww habis r....
"Mak camner nak g sekolah nie hujan lah payung pon ada 1 jek nie camner?????" soal kitaorang kat mak. Mak aku bangun ambik parang pastu keluar meredah hujan dan gelap bersuluhkan lampu suluh. Haishh nak buat apo lah tu berparang bagai nak libas sapo lah agaknye mak aku nie.
" Nie ha mak ambik dah daun pisang nie buat payung ". Gurrpppp... daun pisang buat payung??? tak basah ker???." haishhh basah cikit takpo nyer. daun nie besar buleh la tu.. orang dulu-dulu guna daun pisang jek buat payung.." balas mak aku.. "ok. fine tq" balas kitaorang lak.
Kasut camner basah lah nie.. dah la tanah merah. Ha..buat pengetahuan korang, kitaorang nie adalah antara manusia terawal yang mendiami kawasan perumahan ni memang kompem-kompem lah takder lagi jalan tar sume tu. yang ada jalan yang diturap dengan tanah merah (bukan tanah merah klate) plus dengan batu kelikir ( lau tak tau nate ape batu kelikir tu baik korang google aku malas nak letak gambar) kalau pakai kasut sekolah yang putih melepak tu time hujan jawabnya memang kena sesah ngan cikgu lah jawabnyer.. dari kaler putih jadik kaler merah. haha..tak ke naya jadiknya...
Jadi untuk mengelakkan daripada berlakunya fenomena seperti ini. kitaorang sepakat untuk menyarungkan kasut sekolah tu dengan beg plastik. korang ambik beg plastik tu pastu korang kasi pakaikan kat kasut tu dan pastikan yang plastik tu tak terkoyak dari awal lah. kang korang berjalan konon tak nak bagi kasut korang basah padahal dah bertakung air masuk dalam plastik tu jadik jeruk lah kasut korang tu haha. Ha dengan cara tu boleh la kurangkan sikit kebasahan kasut tu.
Dengan berbekalkan daun pisang sebagai payung dan beg plastik yang disarungkan kat kasut tu. mak dan ayah kitaorang dah berjaya mendidik kitaorang dan hantar kitaorang sume masuk universiti dan menjadi manusia yang berguna. Tq mak ayah. sume tu lah yang mengajar kami erti pengorbanan kedua ibu bapa dan menjadi pendorong tuk kami berjaya untuk megubah hidup kitaorang. skang nie nak apa sume dah leh dapat. Syukur kepada Allah dengan segala kurniaan dariNYA.
Mesti korang terpikir " biar betol zaman 90-an der lagi yang camtu? " " yup masih ada jangan katakan zaman 90-an zaman sekarang pon masih ada" so, bersyukurlah dengan apa yang ada...
No comments:
Post a Comment