Sunday, 18 September 2011

" ADAB TIDUR"

Assalamualaikum...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Amboi..lamanya aku tak update kan??? isk2...malas ser sbenarnya nak update..tak der benda yg menarik nak dikongsikan..erm..rie nie der gotong- royong..pg aerobik jap( mcm lah aku buat hehe) pas tu tgk citer " shah rukh khan malaysia" . dah bez pg tdow, bgun. mandi, basuh baju.. pg syoru..sambung cter lg..." final Destination" sambung ngn " Flat 3A". erm..memng buang masa jek rie ney..Tetibe tringt nak kongsi sikit sal adab nak tidow..moga2 kome2 yg nak tdow leh tgk ckit sebelum tdow...hehe..tp der yg dah tau ney kan....tp takpe kita tgk ckit yek.ape yg bleh dikongsi bersama...
mcm yg kome2 tau lah  .tidow ney lah time kita nak rilek2 nak tenangkan fikiran sampaikan kdg2 terlebih tenang lak..hehe..Ini seperti mana yg disebutkan dalam Firman Allah S.W.T. yg bermaksud: " Dan Kami jadikan tidurmu untuk melepaskan lelah" ( surah An-Naba' 78:9).
Rasulullah S.A.W. telah menunjukkan kpd kita bagaimana seorg muslim itu untuk tidur supya tdurnya itu mendatangkan kebaikan dan kebajikan kpda dirnya didunia dan diakhirat..Antara adab2 yg diajar oleh Rasulullah ialah:
1. Hendaklah bersolat isyak terlebih dahulu sebelum tidur
2. Janganlah melewatkan tidurnya selepas solat isyak kecualu melakukan lerkara yg berfaedah spt perbincangan, bermesra dgn tetamu, keluarga dan sebagainya,
3. jangan memaksa diri utuk tidur awal jika tidak mengantuk
4. Biasakan diri untuk tidur awal suoaya mudah untuk bangun awal.
5. jangan tidur selepas makan. Biarlah makanan dihadam terlebih dahulu..
6. Pastikan tempat tdur bersih..
7.Memadam lampu, tutup pintu, tutup makanan dan minuman sebelum tidur.
8. Tidur dengan pakaian menutup aurat dan jgn bertelanjang
9. Jangan berkongsi selimut jika tidur berselimut.
10.Mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan.
11. Bermuhasabah diri.
12. Baca ayat Kursi, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas serta menyapukannya diseluruh badan bermula dari kepala sebnyak 3 kali
13. Hendaklah mengadap kiblat.spt berbaring org mati dalam kubur.
14. Tidur dalam keadaan mengiring diatas rusuk kanan, dan meletakkan pipi kanan diatas bantal atau lengan.
15. .Jangan tidur meniarap. kerana yg demikian adalah baring ahli neraka.
16. Jangan berlunjur kaki ke arah kiblat kerana menghormatinya.
17. Membaca doa tidur
18. Berzikir setiap kali berjaga ditengah malam
19. Jika bermimpi sesuatu yg baik. maka pujian bg Allah dan khabarkan lah kepada org yg dikasihi. Jika mimpi buruk maka berlindunglah dengan Allah dan jgn khabarkan kpda sesiapa pun.
20. Jika tdak dapat tidur, berwuduklah dan tunaikanlah solat sunat dan minta pertolongan dari Allah.
21. Tidur hanyalah sekadar untuk istirehat.jgn lebih dalam sehari semalam drpda 8 jam.
22.Bangun awal pagi. kata Imam Al-Ghazali: " Hendaklah engkau berusaha supaya dapat bangun tidur sebelum terbit fajar dan hendaklah zikir Allah mendahului segala sesuatu, baik dihatimu atau dilidahmu".
Ermmmm..tulah serba sedikit adab2 tidur yg telah diajar oleh Rasulullah..semoga kita sama2 dapatlah ikut apa yg diajarkan oleh Baginda ini..Apa2 pon thanks kpda sape2 yg sudi baca ek?? lain kali kita sambung lg apa yg patut..undur diri dulu..Assalamualaikum...

Sumber Diatas tu dari Buku: Panduan Ibadah Muslim ( pusat Islam UUM )

Sunday, 11 September 2011

Permasalahan Wanita

Assalamualaikum......
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Taraaaaaaaaaaaaaaa..... jumpa aku lagi....busan lah malam2 nie..skng dah tepat pukul 12.19 am. ingt nak tidow dah..tp tak rasa ngantuk lak..erm..tu yg rasa nak sambung cikit lagi nie..haahaaa....rajin lak aku nak update blog haahaaa....time tak bz lg kan...nanti da bz paham2 jek la kan.....huhu.... Tajuk atas "permasalahan wanita"... apa masalahnya??? cher teka?? hehe...banyak sebenarnya masalah wanita nie..putus cintan, keciwa, macam2 lg lah..tp aku taknak ckap pasal yg tu aku nak ckap cikit pasal wanita zaman skng nie memang suka buat kan??? mungkin ada antara kita yg buat,....mai kita tgk serba sikit...

1. Mencukur Rambut Kepala
   * seseorang itu diharamkan mencukur rambut kepala kerana ia menyerupai lelaki yg bermakna keluar dari    tabiat kewanitaannya...sementara kaum lelaki tidak menyukai kerana kelihatan bodoh.
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda" Allah mengutuk kaum lelaki yg menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki"
Namun demikian harus mencukur rambut kepala sekiranya darurat seperti banyak kutu atau luka-luka di kepala agar ia mudah diubati. tapi sekiranya penyakit tu dapat diubati menggunakan minyak maka tak perlulah bercukur.
Sekadar Gambar Hiasan

2. Rambut Palsu
   * Seseorang wanita diharamkan memakai rambut atau sanggul palsu. Tidak sah wuduk seseorang jika dia mengusap kepala diatas rambut palsu.
" Ya Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai seorang anak gadis yg akan menjadi pengantin. ia terkena penyakit campak sehingga rambutnya gugur, bolehkah saya menyambungnya dengan rambut palsu? Jawab Rasulullah s.a.w. " Allah megutuk perempuan yg memasang dan meminta dipasang rambut palsu "
 
3. Mengganti Alis
Iaitu menghilangkan bulu alis mata atau menipiskannya adalah HARAM. Hadis riwayat Ibnu Mas'ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud " Allah mengutuk perempuan-perempuan pentatu dan meeka yang meminta ditatu, perempuan-perempuan mencukur bulu alis mata dan mereka yg meminta dicukur alisnya. perempuan-perempuan yang mengikir giginya agar lebih indah dan mereka yang merubah ciptaan ALLAH S.W.T.
Tetapi apa yg dilarang tulah ramai manusia yg masih melakukannya... cam yg nak jd pengantin kan?? cikit2 nak tambah bulu mata palsu...aduh..sampai nak angkat mata pon tak larat  berat sngt lah katakan...
cukuplah dengan apa yg dikurniakan oleh Nya..sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian..pehal lah nak ubah2 nak tukar, nak tambah lagi kan??? syukurlah lahir jek kat dunia nie suma ckup,,kaki, tangan, hidung mulut, mata.. sume cukup sifat.. Subbahanallah.... mengapa nak ubah lagi Cuba pikirkan bagaimana suatu hari nanti sekiranya Allah memberi balasan pada kita...tetiba kena penyakit habis bulu mata, kening tak ada????....erm..renung2 lah ramai2...sape yg penah buat sama2 lah kita berubah...suma manusia pernah buat salah...sebelum melencong jauh dari jalanNya..cepat2 lah pulang.. insaf aku rasa..huhu....
Pe2 pon moga ilmu nie dapat lg aku kongsi ngn korang....sape yg minat bacalah...aku pon baru blajar menulis..tak pandai pon..hehe....lau aku tulis kongsi dalam nie sekurang2nya lau ada yg terbukak dan terbaca syukur alhamdulillah... ok kita jumpa lg...
Assalamualaikum....




Sumber Diatas tu dari Buku: Panduan Ibadah Muslim ( pusat Islam UUM )

Amalan Dan Adab Pada Hari Jumaat...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
Assalamualaikum.... hehe..jumpa lagi kita yer??? ermmmm... hari nie dah start kelas dah... tp almaklumlah baru2 masuk sibuk lg add drop week lg....so ada kelas yg lecturer tak masuk..balik awal lah nampaknya....lepas makan bosan taktau nak wat menda...rasa nak update cikit blog ney..... nak tdow malas lak...org ckap kuat tdow senang GEMOK...haha...tu ya aku malas nak tdow..cukup2 lah besaw ney..haha.... duk pikir2 nak tulis apa hari ney..tgn pon rajin lah ambik buku "Panduan Ibadah Muslim" yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM). buku ney pon dapat masa aku jd fasi rie tu..haha....selak punya selak jumpalah tajuk Amalan dan Adab Pada Hari Jumaat... aku percaya ramai yang tau or penah dgr apa yg aku nak kongsi ney..tp takpelah...tuk sapo2 yg tak tau boleh lah tau rie nie...hehe..moga nanti boleh di kongsi ngan sahabat handai, rakan taulan, sepupu sepapat, pakwe, makwe...dan sebagainya..haha..dah mcm ayat karangan....mari kita mulakan......







Antara amalan dan adabnya ialah:
1. Daripada Ibnu Umar r.a mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda " siapa datang kepada jumaat maka hendaklah ia mandi"
2. Hadis daripada Aus Bin Aus r.a menyatakan sesiapa yg mandi pd hari jumaat. mencuci kotoran pd badan, bersegera, awal2 ke masjid dan mendengar khutbah, baginya dengan tiap2 langkah yg dilangkahnya pergi jumaat itu pahala setahun.
3. Banyakkanlah berselawat ke atas Nabi S.A.W. pd siang dan malam jumaat itu, menghidupkan malam jumaat itu dengan berbagai zikir. Rasulullah S.A.W. bersabda " Barangsiapa yg mengucapkan selawat ke atasku pada hari jumaat 80 kali nescaya Allah S.W.T. akan mengampunkan dosanya yg 80 tahun"
" Terlebih utama manusia bg syafaatku pd hari kiamat iaitu org yg terlebih banyak mengucapkan selawat ke ataku"
4. Mengerat kuku. Kata Ibnu Mas'ud r.a " sesiapa yg mengerat kukunya pada hari jumaat nescaya dikeluarkan oleh Allah daripadanya peyakit dan dimasukkanNya ubat"
Sabda Rasulullah S.A.W. " Barangsiapa berkehendak diamankan dia daripada papa dan mengadu hal daripada sakit mata dan kena sopak, gila hendaklah dikerat kuku dengan menyilangi jarinya iaitu tangan kanan atas tertib berikut:
        i. jari kelingking
        ii. Jari tengah
        iii. Ibu jari
        iv. jari manis
        v. jari telunjuk

Pada tangan kiri atas tertib berikut:
        i. ibu jari
        ii. jari tengah
        iii. jari kelingking
        iv. jari telunjuk
        v. jari manis.
Bagi jari-jari kaki pula, dimulai dengan drpda kelingking jari kanan dahulu dan disudahi kepada jari kelingking kaki kiri atas tertib aturan semua jari..

5. Sebahagian ulama' pula telah mngatakan bahawa tujuh perkahwinan telah berlaku pada para Aubiya' alaihimus solatu wassalam dan Auliya pada ahri jumaat iaitu:
  i) Perkahwinan antara Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa
  ii) Perkahwinan antara Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
  iii) Perkahwinan antara Nabi Musa a.s dengan Syafrawa
  iv) Perkahwinan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Balqis
  v) Perkahwinan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadijah
  vi) Perkahwinan antara Saidina Ali bin Talib Karramallhuwajjhah dengan Fatimah  iaitu puteri Rasulullah s.a.w.
Tulah ye serba sikit ilmu yg aku leh kongsi ngan korg.hehehe...sama2 lah kita amalkan bila dah tau nie yer??? hehe..apa2 pon semoga setiap apa yg kita buat biorlah sentiasa mendapat keberkatan daripadaNYA...
oklah..nanti kita berjumpa lg....

Assalamualaikum......

Saturday, 10 September 2011

kena Tukar...

Bissmillahhirrahmanirrahim.......
Dengan ini sya dengan rasminya menukar nama blog dari ALMIRA ke Al haura. der lah org tu suh tukar lak....so kena lah tukar...kang ckap tak sedap lak...haha...
pe2 pon thnks to my sis coz be the 1st person yg follow blog aku ney.haha....thanks  sis...
oklah yer...ngah memikio ney apo lak nak tulis nanti...
jumpa nanti...
Assalamualaikum....

Sape Saya????

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI....
Assalamualaikum.....
Ermmmm.... apa nak tulis ek????? hehe...sudah sekian lama diriku berhajat untuk buat blog tp masih tak kesampaian hinggalah tibanya detik 10/9 maka wujudlah blog ni...hehe..aku pon tak tau apa yg nak ditulis...bukan pandai nak memblogkan diri cam org lain nie...hehe...sajalah pilih nama ALMIRA takdop kene mengena ngan sapo2 pon..... search2 td jumpa nama ALMIRA..dengar cam sodap jer...makna pon sodap..puteri..haha..I kan pompuan puteri lah tu..walaupon tak bapa nak cun macam puteri..haha..arap2 ustazah( adik aku) setuju lah ngn nama ney...haahaaaa....
Tajuk di atas sape saya??? nak kene ckap saya nie sape lah kan??
hehehe... semuanya bermula iaitu  pada 10 hb February 1989 ( eja BI nampak) aku dilahirkan..haha..pertama kali melihat dunia...ayah pon bagi nama Salbiah Abdul Hamid... cukup lah rasanya pasal aku..kita sambung sikit pasal pamily yer??? aku cuma ada 3 org adik beradik jek.... abg aku, aku n lastly adik pompuan aku..
Aku begitu berbangga dan bersyukur coz aku dikurniakan dengan sebuah pamily yg begitu baik, Alhamdulillah.. aku berbangga dengan Ibu bapa aku yg tak jemu2 mendidik kami hingga ketiga-tiga kami berjaya melanjutkan pelajran hingga ke Universiti...Thanks Mum, Dad...huhu.....
Bukan senangkan Mak, Ayah nak jaga kita, besorkan kita sampai jd cam gini...Mak ngan Ayah slalu pesan...." mak ngan ayah tak dok harta nak tinggal bila mak ayah tak dok nanti , pelajaran jek lah yg boleh bg pon" huuhuuu..sedih dgr ayat tu...
Teringat masa kecik2 dulu... mcam2 kesusahan aku ngn adik beradik aku alami...huhu....ambik air kat telaga..almaklumlah aku bukan org senang....erm..macam2 lagilah....tapi skang dah berubah...suma dah ada kan.....syukurlah... org sekeliling pon dah mula memandang.. dulu masa susah...herm....ada ker????.manusia...manusia..manusia....
Apo-apo pon  syukur padaNya yg mencurahkan rezeki, Rahmat dan Kasih SayangMu Ya Allah....
Ada lagi ker nak ckap yer??? rasa mcm dah takder...nanti kita sambung lagi yer????
Assalamualaikum.......