Saturday, 28 April 2012

IKAN TERBANG

Assalamualaikum....hai tengah ari dah nie duk mikior nak makan gapo tengah ari nie..hoho...sambil duk mikior nak makan ape teringat zaman kecik dulu dek kerana kelancangan mulut adik aku sekor ikan telah melarikan diri dek kerana terlalu kecik ati dan tak sanggup tinggal dalam rumah kami lagi.haha...
Kisahnya bermula bila ayah aku bawak balik sekor ikan keli. Aku pon dah lupa mana ayah aku rembat ikan tu.
memang telah ditakdirkan kami sekeluarga memang tak makan ikan tu. Hari tu ayah aku telah membuka  hatinya tuk merasa keenakan ikan keli yang selalu diwar-warkan oleh orang ramai. Tanpa ragu-ragu dan syak wasangka ayah aku try la ikan tu. Lepas dah siap basuh sume mak aku pon goreng jek ikan tu. kasi ranggup cam keropok ikan gitu.
Dah siap sume, kitaorang pun get ready tuk bersantap. Kitaorang usha jek ikan keli tu. kitaorang adik beradik pon memang tak makan pon ikan tu hehe..Tengok jek asyik duk terbayang jek kepala ulor lah macam kasut boot lah macam-macam ada.
hidangan tengah hari tu...

" bakpo tak makan ikan keli tu ayahnyer puunnn? tadi suruh goreng sangat makan lah takdop sapo nak makan karang buang jugak tu" . mak aku bersuara. " erm nak makan lah nie" jawab ayah aku.
tetibe adik aku mengeluarkan satu statement yang tak leh dilupakan sampai skang. lau tengok jek ikan tu kompem ingat peristiwa tragis tu..hehe." errrrr....kasut boot..kasut boot..kepala ular..." . Kami sume gelak termasuk mak aku.." haiishhh apo ckap gitu makanan tu ayah nak makan tu" bebel mak aku. ok suasana sunyi seketika. fokus duk rembat nasi.
Aku duk usha lagi ikan tu. duk senyum-senyum , gelak sorang-sorang. kesian ikan tu tak di usik langsung. kecik ati nangis sat lagi ikan tu..haha... tetibe adik aku cakap lagi " k.ngah kasut boot" hehe...tetibe ayah aku rembat ikan tu. nyer buang melayang ikan tu ikut tingkap. sume tergamam. kami sume senyap jek..menikus jek...terus sambung makan." orang nak makan duk kata gitu". marah ayah aku.. Mak aku tetap duk senyum-senyum time tu. " eleh.. saja jek bukannyer nak makan sangat puunnnn" tu yang gi buang tu..." backup mak aku..Apa lagi kucing pon rembat lah bukan senang nak dapat makan ikan mahal cam gitu..haha..rezeki kucing aku lah tu..haha..memang lawak ayah aku.diam tapi berbisa...
kesian ikan tu.." rezeki tu"

Haha..hari tu terjadilah ikan keli terbang. memang tak leh nak lupa apa yang dah tejadi tu..sampai skang kami tak makan ikan tu except my bro yang dah start makan ikan tu coz dia kawen ngan orang yang memang makan ikan keli..haha..
\


p/s : maap lah tak teror lukis pon ikan keli jdk ikan selar haha...

Thursday, 26 April 2012

MEMORI BASIKAL TUA part 1

Assalamualaikum, selamat sejahtera, selamat pagi, selamat petang, selamat malam dan selamat segalanya.

Berita tergempar abad ini dimana orang ramai telah dirasuk oleh aura basikal FIXIE. (nate apo fixie????) dimana mereka telah melancarkan serangan secara beramai-ramai ke kedai menjual basikal untuk mendapatkan benda alah tersebut. Ini telah mengejutkan para pemilik kedai basikal katanya dalam petikan artikel malam kelmarin " dop tahu lah guane pakat mari serang kedai ambo rama-rama ( ramai-ramai bukan bintang si rama-rama hok buleh terbang) habihnye angkut basikal kedai ambo,aduhhhh berat nanang ambo". begitulah luahan hati sorang pok cik yang habis basikal di kedainya di rembat dek mereka... ok aku tipu jek..haha..lau sapa yang dop kenal meh aku tunjuk.Tapi aku caya ramai yang dah tau kan?????..
nie lah basikal fixie bebudak ye..




Teringat lak aku zaman kecik-kecik dulu.haishhh sedih lak rasa bila memikiorkan zaman kecik-kecik dulu dalam umur 5 tahun 6 tahun dulu sampailah zaman sekolah rendah. Beginilah kisahnya bermula...
Seperti yang diketahui ramai aku bukanlah dilahirkan dari keluarga yang kaya raya dan senang. Hidup secara amat sederhana cukup untuk kami sekeluarga hidup dan mampu untuk menyara kami 3 beradik bersekolah. syukur alhamdulillah. Maka tak mampulah nak beli motor apatah lagi kereta memang jauh sekali lah kan..so, my parents hanya mampu beli sebuah basikal tua jek lah yang di gunakan untuk bwak kitaorang gi jenjalan or hantar kitaorang kat tepi jalan nak tunggu bus nak ke sekolah. Masa kitaorang umur 5 , 6 tahun gitulah pakat bertenggek lah kami 3 beradik kat tempat duduk belakang tu.sambil menghirup udara segar,sambil pusing-pusing keliling kampung , gi rumah member sekole (secawan) mak ayah aku,  kat kampung lah katakan. sampai ke besaw duk bertenggek lagi. kadang-kadang aku naik ngan ayah aku, abang aku. mak aku lak bawak adik aku ( manjelah konon, anak bongsu...nyampah). Nasib lah 3 orang jek. lau ramai memang berat nanang r mak ayah aku nak bawak. aku lah paling bulat ,montel dari kecik hingga membawak ke besaw. Haha pandai mak ayah aku rancang...hihi..

Lebih kurang cam gini lah basikal tua ayah aku zaman dulu. Ha....kat belakang tulah kami adik beradik bertenggek. Memang syok lah..skang basikal tu sumpah-sumpah lah dah takder. kitaorang dah jual kat lori beli besi buruk tu.ntah bape kupang ntah diaorang beli aku pun tak ingat dah. hampir 20 tahun dah masa berlalu kan. memang banyak giler memori pahit, manis, kelat, masam , masin sume ada time kecik-kecik ngan basikal tua tu. nanti ada masa aku sambung lagi..baru part 1 kan aku rasa lau nak citer memang banyak part kene buat nie. haha..nanti aku sambung apa kitaorang adik beradik buat ngan sume komponen basikal tua tu ok..rojer n out..
assalamualaikum
lebih kurang macam ni lah basikalnya.















p/s: lau korang perasan aku der guna bahasa perok ngan ganu.of course lah dah aku orang perak. yang ganu tu coz aku suka dengar orang ganu cakap. hihi..jangan mare sape2 orang ganu yek????

Tuesday, 24 April 2012

Perempuan Dan Air Mata.


Assalamualaikum ....
Dengan Nama Allah Yang MahaPemurah Lagi Maha Penyayang.
Adoinya punnn.....lama dah aku tak mengayat dalam ni...alah bukannya apa takder org nak polow pon..tp aku saja jek buat semata-mata tuk aku sendiri.tak mengharap pun org lain tuk baca..al pak long lah aku nie bukan retis or manusia yang popular yang baget2 nak jdk retis ni...haahaaa.
Rie nie sambil2 duk wat kije sambil2 duk melantak cokelat NIPS yang berwarna warni bak pelangi petang ni. rasa nak update lak nak ckp ckit sal pompuan ngn ayor mata nie. orang kata " AIR MATA POMPUAN NIE BOLEH JADIK SENJATA TUK MELEMAHKAN LAKI2" katanyer lah laki2 nie pantang tgk pompuan nangis kesian..yo yo oooo jek tak leh dipercayai langsung..haha..Tapi der la laki2 yang berhati perut yang dikurniakan ALLAH sifat berperikemanusiaan yang tidak sanggup untuk melihat pompuan nangis dirasainya seakan-akan ibunya yg menangis.
 Tapi yang masalah problem nya skang aku nie haaaa, bukan orang lain.. aku nie teramatlah payah, susah, sukar, difficult tuk mengeluarkan air mata. tapi lau bg aku encik bawang belom apa2 lagi kompem2 dah mengalir."haisshhhhh macam ner nak jdk anak dara" begitulah suara2 mok cik- mok cik tak kala aku mengalirkan air mata yang jernih bak mutiara ketika menempek kat sebelah mak aku yg duk tengah merewang kat kenduri haha..rileks la mok cik..nak praktis ket bior senang nak nangis nanti.haha..tulah masalah problem aku.huhu..
maafkan ku encik bawang
jangan sesekali kau tangisi apa yang bukan menjadi milikmu
So, secara kesimpulan yang bersimpul, tersimpul dan bersimpul- simpul sebagai lelaki yang telah dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang amat sempurna ciptaanNYA, janganlah buat pompuan nangis lagi. sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki yang bukannya dari kaki untuk dialasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat juga di hati untuk dikasihi. Dan wanita janganlah menangis kerana seorang lelaki dan menangislah kamu kerana Allah dan menangislah kerana takutkan azab seksanya.