Wednesday, 30 May 2012

Payung Dan Kasut

"Alamak....hujan lah pulak"... detik hati kecik aku. "Huishhh...gelap lagi nie... lampu pon tak bukak lagi nie.kompem mak aku pon tak bangun lagi ni. mesti pagi masih muda..sambung tidur balik lah..arap-arap bangun jap lagi hujan berenti dah...Aku tarik balik selimut aku. Time hujan cam gini, tambah ngan sejuk pulak sedap giler lah tidor balik.
     " Abang, nyah(a.k.a Angah bukan mak nyah), adik bangun nak gi sekolah ni." laung mak aku dari dapur. Dengar jek suara mak aku, sekelip mata terjaga pergh memang dasyat lah suara mak aku nie. hehe...Ala...hujan lagi macam ner nak gi sekolah nie. lebat lak tu.
       Dah jadi lumrah kehidupan kami adik beradik kalau mak tak msuk bilik kompem tak bangun, sorang nak kene dukung, sorang nak kena bangun sambil ditarik tangan mak aku sorang lagi aku tak ingat. 3 orang 3 jenis perangai manusia nie. kompem-kompemlah yang nak kene dukung tu adik aku. aku takat mak aku masuk tarik tangan jek kompem dah bangun bukan tu jek nak mandi pon nak air panas bagai mengalahkan mat saleh sesat siap kene mak jirus pulak. Haissshhh melampau tol anak-anak mak nie..Tapi itulah mak ayah tak penah nak merungut bila anak-anak mintak nak itu ini.owhhh syahdunyer.....( sekarang kami dah besar).
  Dah siap mandi, pakai baju segala bagai, teguk air kopi 2 3 cawan ( ok tipu jek secawan pon tak habis) dulu sebelum gi sekolah memang best lah tengah sejuk-sejuk cam gini  pekena lak kopi panas memang kawwww habis r....
     "Mak camner nak g sekolah nie hujan lah payung pon ada 1 jek nie camner?????" soal kitaorang kat mak. Mak aku bangun ambik parang pastu keluar meredah hujan dan gelap bersuluhkan lampu suluh.  Haishh nak buat apo lah tu berparang bagai nak libas sapo lah agaknye mak aku nie.
      " Nie ha mak ambik dah daun pisang nie buat payung ". Gurrpppp... daun pisang buat payung??? tak basah ker???." haishhh basah cikit takpo nyer. daun nie besar buleh la tu.. orang dulu-dulu guna daun pisang jek buat payung.." balas mak aku.. "ok. fine tq" balas kitaorang lak.
     
   Kasut camner basah lah nie.. dah la tanah merah. Ha..buat pengetahuan korang, kitaorang nie adalah antara manusia terawal yang mendiami kawasan perumahan ni memang kompem-kompem lah takder lagi jalan tar sume tu. yang ada jalan yang diturap dengan tanah merah (bukan tanah merah klate) plus dengan batu kelikir ( lau tak tau nate ape batu kelikir tu baik korang google aku malas nak letak gambar) kalau pakai kasut sekolah yang putih melepak tu time hujan jawabnya memang kena sesah ngan cikgu lah jawabnyer.. dari kaler putih jadik kaler merah. haha..tak ke naya jadiknya...
   Jadi untuk mengelakkan daripada berlakunya fenomena seperti ini. kitaorang sepakat untuk menyarungkan kasut sekolah tu dengan beg plastik. korang ambik beg plastik tu pastu korang kasi pakaikan kat kasut tu dan pastikan yang plastik tu tak terkoyak dari awal lah. kang korang berjalan konon tak nak bagi kasut korang basah padahal dah bertakung air masuk dalam plastik tu jadik jeruk lah kasut korang tu haha. Ha dengan cara tu boleh la kurangkan sikit kebasahan kasut tu.
    Dengan berbekalkan daun pisang sebagai payung dan beg plastik yang disarungkan kat kasut tu. mak dan ayah kitaorang dah berjaya mendidik kitaorang dan hantar kitaorang sume masuk universiti dan menjadi manusia yang berguna. Tq mak ayah. sume tu lah yang mengajar kami erti pengorbanan kedua ibu bapa dan menjadi pendorong tuk kami berjaya untuk megubah hidup kitaorang. skang nie nak apa sume dah leh dapat. Syukur kepada Allah dengan segala kurniaan dariNYA.

       Mesti korang terpikir " biar betol zaman 90-an der lagi yang camtu? " " yup masih ada jangan katakan zaman 90-an zaman sekarang pon masih ada" so, bersyukurlah dengan apa yang ada...

Sunday, 27 May 2012

BLUE JAPANESE VERSION BY BIG BANG

Assalamualaikum....
Wow fantastic baby.... " BLUE"  aku memang suka giler lagu nie dari korean version sampailah japanese version. Aku memang berantu cikit lagu-lagu nyanyian "Big Bang " nie.....haha... peminat tegar lah katakan...tapi dengan dukacitanya aku memaklumkan aku  memang tak dapat la nak pegi konsert diorang nanti..ohhhh mahal giler kot tiketnyer...memang tak mampu lah....jom kongsi lirik lagu ni and sing along with them....
                                              BLUE- BIG BANG

Fuyu kara haru he kawaru
kokoro wa natsukashi sa de aza darake

I’m singing my blues kanashimi mo namida mo aoku somaru
I’m singing my blues ukigumo ni hanashi ta ai Oh oh

mizukara hanare ta kara Ama say good night
boku tachi no Love story tonight
‘ ai ‘ no mae ni ‘ B ‘ o tsuke ta When I said good bye
kimi no me wa Teary eyes
wasure tai no ni deki nai yo I feel so hollow
kimi igai no hito o
aisuru koto wa nai yo All alone now everyday

deat te kara kimi o aishi ta shinu hodo
imaya aoku somari kare
kimi o kanji rare nai kokoro ni

fuyu kara haru he kawaru
kokoro wa natsukashi sa de aza darake

I’m singing my blues kanashimi mo namida mo aoku somaru
I’m singing my blues ukigumo ni hanashi ta ai Oh oh

shinzou ga tomat ta you da
owat ta tokoro de kooritsui ta You and I
atama ni kizamu Trauma kawaku namida de omoidasu ore no ai
karakumo kanashiku mo nai
Talking to myself inside gaman deki zu kotae rare nai
subete wa shikata ga nakat ta
hito wa deai ya wakare o tsudukeru n da

deat te kara kimi o aishi ta shinu hodo
imaya aoku kooritsui ta
kimi o kanji rare nai kokoro ni

fuyu kara haru he kawaru
kokoro ha natsukashi sa de aza darake

aoi tsuki akari abi te konya mo nemuri ni tsuku
yume de mo kimi o sagashi te samayoi kono uta utau yo

I’m singing my blues kanashimi mo namida mo aoku somaru
I’m singing my blues ukigumo ni hanashi ta ai
I’m singing my blues kanashimi mo namida mo aoku somaru
I’m singing my blues ukigumo ni hanashi ta ai Oh oh


BIG BANG-BLUE

Tuesday, 22 May 2012

wHo Will CoMe To MaLaYSiA??????

Assalamualaikum...
Perghhhhh....demam korea makin menjadi-jadi.Haha..tak ketinggalan aku pon kene demam nyer jugak. Tidak lain dan tidak bukan member aku sorang nie syira kyopta a.k.a syiro haha memang peminat tegar k-pop. Lau boleh sume dia nak k-pop ngan suami-suami pon nak jugak orang korea. haha...So, kami memang bercadang  nak fly to seoul next year, this year booking dulu ticket, tengah promosi lah katakan,  lau der rezeki sampai lah nanti. owh...korea wait for us.haha.( konon nak speaking).
Before kitaorang nak menjejakkan kaki di bumi korea, biar diorang menjejakkan kaki mereka di bumi Malaysia yang aman makmur harmoni dan berbilang bangsa dan agama ini. so, lets take a look sape yang dikhabarkan akan datang malaysia this year 2012.

1. u-kiss ( on May 26) 
      -Aku pon peminat diorang memang best r lagu diorang. Neverland lagu yang paling aku suka...Man   Man   Ha Ni. ( sory lau salah tajuk haha), shut up dan banyak lagi lah tak tersebut aku banyak sangat. so nie adalah great news for KISS- MES la kan..





 Dikhabarkan ( amboi ayat) diorang nie will be in town untuk pembukaan Kenanga Wholesale City Shopping Center at 3PM on May 26. Tunggu apa lagi jom lah pakat serang ramai-ramai.siap ada fan signing gak tu.


2. Teen Top dan Dal Shabet ( Hari Belia 2012 on 26 May)

       - Untuk sambutan Hari Belia tahun lepas diorang dah undang super junior M (suju M) skang nie tuk sambutan tahun nie lak diorang dah jemput kumpulan K-pop Teen Top & Dal Shabet akan buat persembahan iaitu pada 26th May 2012 at 8pm. Tempatnya adalah di Pentas Utama Putrajaya. Buat pengetahuan korang yang memang dah sedia tahu aku sendiri tak familiar lagi ngan group nie. Tapi aku kompem ramai yang kat luar nun di sana minat giler ngan diorang. so, pakat-pakat2 bwak tikar, khemah buat perkampungan kat sana katanya sambutan akan diadakan selama 5 hari dah lebih kurang 500 aktiviti yang telah disediakan . Jangan lepaskan peluang nie!!!!!!!

3. Big Bang
    - Segala desas desus serta tanda tanya yang selama ini bermain di fikiran anda akhirnya terjawab bila YG Entertainment telah memaklumkan Big Bang's first world tour BIG BANG ALIVE TOUR 2012‘ akan datang ke Malaysia.
Buktinyer:

Group nie memang aku minat tahap cipan lah. hoho.. tgk nama pon dah sama. Big Bang ngn Bip Bang.  Dimaklumkan nama Bip Bang bukan lah mahu mengejar populariti coz nama dekat-dekat nak sama dengan nama Big Bang tapi der kisah disebaliknya... haha...so stay tune lah yer....( budget retis giler).

 4. Block B (May 26)
   - Block B ( dah macam nama blok kawan aku duk masa study dulu, aku Block C ) haha..Di khabarkan ni adalah first time diorang datang dan buat persembahan kat Malaysia. Kalau di tengokkan pada tarikhnye ia sama ngan u-Kiss datang kan??? yer... memang betol pon dikhabarkan ( lagi skali) yang group nie akan replace U-KISS kat official pembukaan Kenanga Wholesale City Shopping Center. Tapi bagi peminat U-kiss diorang dijangkakan akan buat persembahan kat Hari Belia nanti besama dengan 2 group lagi iaitu Teen Top dan Dal Shabet



Hope korang der la masa nak plan bila nak pegi. Lagi satu, nak pergi nanti. bawak bekal la skali takot lapor nanti payah lak. Bukan senang lau dah dapat tempat cantik yang lagi strategik tetibe perot lapor nak bangun gi beli makan memang tak lah.Dirembat dek orang lah temapt kome tu jawabnya..haha.......so selamat berenjoy...

p/s: buat member aku syira kyopta, ira, bella, dan sekutu-sekutunya, jom pakat serang putrajaya lak. hehe....   :p





Wednesday, 16 May 2012

BIG BANG COME TO MALAYSIA!!!!!!

Setelah sekian lama desas desus mengatakan yang big bang akan datang ke Malaysia akhirnya................... yes!! akhirnya big bang betul-betul akan datang ke Malaysia. Jom kita baca sikit berita pasal kedatangan diorang nie....
      "Seiring dengan kemunculan album itu juga, Big Bang memulakan siri konsert jelajah mereka bermula di Stadium Gimnastik Olimpik, Seoul sebelum ke beberapa negara Asia, Amerika Utara, Amerika Syarikat dan Eropah.

Terkini, YG Entertainment, syarikat pengurusan Big Bang, mengumumkan bahawa band terbabit memilih Malaysia sebagai salah satu lokasi Asia Tenggara selepas Filipina. 

“Justeru, kami cuba merangka beberapa aktiviti antaranya Flashmob ketika ketibaan mereka kelak, serta kini giat mengumpul ucapan terima kasih peminat untuk diserahkan kepada YG dan Big Bang sebagai tanda penghormatan kerana memilih Malaysia,” katanya.

“Peminat tentunya tidak sabar untuk menantikan kehadiran konsert itu dan berjumpa dengan mereka. Big Bang sentiasa tampil dengan kejutan dan kami percaya konsert ini tidak terkecuali,” katanya.(sumber harianmetro) 


Single pertama diorang, Blue, mencatat jumlah tontonan 1.5 juta pelayar Youtube selepas 24 jam ia dimuat turun, disusuli single Fantastic Baby dan Bad Boy.
 Haaaaa.. tunggu apa lagi pakat2 lah update moga takder yang terlepas nanti...hahaha... welcome to MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  BIG BANG!!!!!!!!!!!

BIG BANG IS BACK 2012
ALIVE- NEW MINI ALBUM





Thursday, 3 May 2012

Seksaan Golongan Wanita

Assalamualaikum.
Dalam kesibukan manusia mengejar harta dunia, kini manusia mula lupa akan segala suruhan serta larangan Allah S.W.T. Lupa akan segala kurniaan, Rahmat, seksaan yang telah dijanjikan oleh Yang Maha Kuasa di atas segala amalan yang telah di lakukan oleh manusia di dunia ini. perempuan atau wanita adalah golongan yang paling mudah untuk masuk syurga dan mudah juga untuk masuk neraka. siapa yang tidak takut bila sebut pasal neraka, seksaan yang amat dasyat tak terbayang dek akal manusia. Time aku duk search tenet terbukak lah "HALAQAH. NET" yang menceritakan serba sedikit seksa yang telah diterima oleh golongan wanita. moga ia dapat memberi sedikit ilmu kepada kita semua. ceritanya begini.....


Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis
manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul
menangis.
Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat
perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan
berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. kerana,
menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku
lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya
dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam,
memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke
dalam peti yang dibuat dari api
neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana
penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan
dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari
duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"
kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa
izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti bab* dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan
inilah peringatan kepada kaum perempuan

sekadar gambaran


sumber: halaqah.net