Tuesday, 24 April 2012

Perempuan Dan Air Mata.


Assalamualaikum ....
Dengan Nama Allah Yang MahaPemurah Lagi Maha Penyayang.
Adoinya punnn.....lama dah aku tak mengayat dalam ni...alah bukannya apa takder org nak polow pon..tp aku saja jek buat semata-mata tuk aku sendiri.tak mengharap pun org lain tuk baca..al pak long lah aku nie bukan retis or manusia yang popular yang baget2 nak jdk retis ni...haahaaa.
Rie nie sambil2 duk wat kije sambil2 duk melantak cokelat NIPS yang berwarna warni bak pelangi petang ni. rasa nak update lak nak ckp ckit sal pompuan ngn ayor mata nie. orang kata " AIR MATA POMPUAN NIE BOLEH JADIK SENJATA TUK MELEMAHKAN LAKI2" katanyer lah laki2 nie pantang tgk pompuan nangis kesian..yo yo oooo jek tak leh dipercayai langsung..haha..Tapi der la laki2 yang berhati perut yang dikurniakan ALLAH sifat berperikemanusiaan yang tidak sanggup untuk melihat pompuan nangis dirasainya seakan-akan ibunya yg menangis.
 Tapi yang masalah problem nya skang aku nie haaaa, bukan orang lain.. aku nie teramatlah payah, susah, sukar, difficult tuk mengeluarkan air mata. tapi lau bg aku encik bawang belom apa2 lagi kompem2 dah mengalir."haisshhhhh macam ner nak jdk anak dara" begitulah suara2 mok cik- mok cik tak kala aku mengalirkan air mata yang jernih bak mutiara ketika menempek kat sebelah mak aku yg duk tengah merewang kat kenduri haha..rileks la mok cik..nak praktis ket bior senang nak nangis nanti.haha..tulah masalah problem aku.huhu..
maafkan ku encik bawang
jangan sesekali kau tangisi apa yang bukan menjadi milikmu
So, secara kesimpulan yang bersimpul, tersimpul dan bersimpul- simpul sebagai lelaki yang telah dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang amat sempurna ciptaanNYA, janganlah buat pompuan nangis lagi. sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki yang bukannya dari kaki untuk dialasi bukan dari kepala untuk dijunjung tapi dekat dibahu untuk dilindung dan dekat juga di hati untuk dikasihi. Dan wanita janganlah menangis kerana seorang lelaki dan menangislah kamu kerana Allah dan menangislah kerana takutkan azab seksanya.

No comments:

Post a Comment