Sunday, 11 September 2011

Amalan Dan Adab Pada Hari Jumaat...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani...
Assalamualaikum.... hehe..jumpa lagi kita yer??? ermmmm... hari nie dah start kelas dah... tp almaklumlah baru2 masuk sibuk lg add drop week lg....so ada kelas yg lecturer tak masuk..balik awal lah nampaknya....lepas makan bosan taktau nak wat menda...rasa nak update cikit blog ney..... nak tdow malas lak...org ckap kuat tdow senang GEMOK...haha...tu ya aku malas nak tdow..cukup2 lah besaw ney..haha.... duk pikir2 nak tulis apa hari ney..tgn pon rajin lah ambik buku "Panduan Ibadah Muslim" yang diterbitkan oleh Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM). buku ney pon dapat masa aku jd fasi rie tu..haha....selak punya selak jumpalah tajuk Amalan dan Adab Pada Hari Jumaat... aku percaya ramai yang tau or penah dgr apa yg aku nak kongsi ney..tp takpelah...tuk sapo2 yg tak tau boleh lah tau rie nie...hehe..moga nanti boleh di kongsi ngan sahabat handai, rakan taulan, sepupu sepapat, pakwe, makwe...dan sebagainya..haha..dah mcm ayat karangan....mari kita mulakan......







Antara amalan dan adabnya ialah:
1. Daripada Ibnu Umar r.a mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda " siapa datang kepada jumaat maka hendaklah ia mandi"
2. Hadis daripada Aus Bin Aus r.a menyatakan sesiapa yg mandi pd hari jumaat. mencuci kotoran pd badan, bersegera, awal2 ke masjid dan mendengar khutbah, baginya dengan tiap2 langkah yg dilangkahnya pergi jumaat itu pahala setahun.
3. Banyakkanlah berselawat ke atas Nabi S.A.W. pd siang dan malam jumaat itu, menghidupkan malam jumaat itu dengan berbagai zikir. Rasulullah S.A.W. bersabda " Barangsiapa yg mengucapkan selawat ke atasku pada hari jumaat 80 kali nescaya Allah S.W.T. akan mengampunkan dosanya yg 80 tahun"
" Terlebih utama manusia bg syafaatku pd hari kiamat iaitu org yg terlebih banyak mengucapkan selawat ke ataku"
4. Mengerat kuku. Kata Ibnu Mas'ud r.a " sesiapa yg mengerat kukunya pada hari jumaat nescaya dikeluarkan oleh Allah daripadanya peyakit dan dimasukkanNya ubat"
Sabda Rasulullah S.A.W. " Barangsiapa berkehendak diamankan dia daripada papa dan mengadu hal daripada sakit mata dan kena sopak, gila hendaklah dikerat kuku dengan menyilangi jarinya iaitu tangan kanan atas tertib berikut:
        i. jari kelingking
        ii. Jari tengah
        iii. Ibu jari
        iv. jari manis
        v. jari telunjuk

Pada tangan kiri atas tertib berikut:
        i. ibu jari
        ii. jari tengah
        iii. jari kelingking
        iv. jari telunjuk
        v. jari manis.
Bagi jari-jari kaki pula, dimulai dengan drpda kelingking jari kanan dahulu dan disudahi kepada jari kelingking kaki kiri atas tertib aturan semua jari..

5. Sebahagian ulama' pula telah mngatakan bahawa tujuh perkahwinan telah berlaku pada para Aubiya' alaihimus solatu wassalam dan Auliya pada ahri jumaat iaitu:
  i) Perkahwinan antara Nabi Adam a.s dengan Siti Hawa
  ii) Perkahwinan antara Nabi Yusuf a.s dengan Zulaikha
  iii) Perkahwinan antara Nabi Musa a.s dengan Syafrawa
  iv) Perkahwinan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Balqis
  v) Perkahwinan antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Siti Khadijah
  vi) Perkahwinan antara Saidina Ali bin Talib Karramallhuwajjhah dengan Fatimah  iaitu puteri Rasulullah s.a.w.
Tulah ye serba sikit ilmu yg aku leh kongsi ngan korg.hehehe...sama2 lah kita amalkan bila dah tau nie yer??? hehe..apa2 pon semoga setiap apa yg kita buat biorlah sentiasa mendapat keberkatan daripadaNYA...
oklah..nanti kita berjumpa lg....

Assalamualaikum......

No comments:

Post a Comment